Bimbingan dan tunjuk ajar hanya daripada Tuhan.Ya Tuhan, tuan punya ke atas kami, jangan engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang yang ingkar..
Demi Masa
Salam Mesra
Blog kengkawan
Blog Archive
Countdown to Ramadhan..

Sekitar program Karnival Masjid TZS 2009 di Masjid Ar Raudhah, Tanjong Karang yang telah diadakan pada 29 & 30 Mei 2009. .
Artis Jemputan : Akbar @ Ex-Brothers
Panel Forum Perdana : Tn Hj Abdul Razak Razali,Ustaz Ghazali Omar,Ustaz Mohd Ramzi Mohd Ishak
Pengacara Program : En Juwahir bin Pa’iman
Nota kaki : Hanya sebahagian gambar saje dapat dipaparkan kerana sebahagian lagi gambar perlu mendapat rawatan lanjut dari pakar kerana disyaki terkena jangkitan virus HIN1..
Just nak share video ni..Menariknya anak kecil ini baru berusia 2 tahun, tapi sudah ada minat untuk mengaji..mungkin berkat daripada ‘uminya’ yang selalu mengaji Al Quran.. Tapi anak sape enkk? Anak sape tu korang teka sendirilaa..
Nota kaki : Maaf kepada ibu bapa anak tersebut coz upload video xmitak izin hehe..jgn mare!!

Ermm..gambar sekitar perjalanan kursus yang suam-suam kuku..Kursus berjalan selama 2 hari pada 27-28 Mei 2009 bertempat di De Palma Inn Shah Alam.
Kak Jijah Azizah begitu ghairah sekali nak belajar ilmu tulis minit begitu juga ngan Kak Ratna n Ros..kami budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan tunjukkan..time kase Pak Zahid!
Jalinan (UNIC)
Pertamanya segala ingatan dan puji-pujian hanya kepada Tuhan, tuan punya seluruh alam yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulilah dengan kehendak dan kekuasaan Allah swt segala niat suci mewujudkan blog ini dimaqbulkan. Justeru, mudah mudahan Allah swt memudahkan segala urusan kita dalam pelaksanaan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya serta memberi kekuatan kepada kita untuk memberi sumbangan semaksima mungkin kepada Islam yang tercinta walau apa cara sekalipun.
Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk mengeratkan kembali silaturohim antara kita disamping bertukar-tukar pandangan serta dapat mengadakan apa jua program-program bermanfaat untuk kita semua. Oleh yang demikian sokongan daripada kawan-kawan amatlah diharapkan walaupun kita semua maklum atas kesibukan masing-masing. Namun dengan niat ikhlas, kita mohon supaya Allah swt memberkahi segala usaha dan diterima sebagai amal soleh kita seterusnya mendapat manfaat sebanyak mungkin.
